Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 18 Nov 2018
Versi 8.1.0
 
Bahagian SerianBahagian Serian


Daerah Serian adalah salah satu daripada empat daerah di Bahagian Samarahan selepas Samarahan diistiharkan sebagai Bahagian pada 01 Januari 1987. Ia dikenali sebagai Daerah Sadong pada penubuhannya dalam tahun 1901 yang beribu pejabat di Simunjan. Pada bulan Februari 1955 Serian (Upper Sadong) dan Simunjan (Lower Sadong) telah dipisahkan dan masing-masing menjadi Daerah penuh. Pegawai Daerah yang pertama semasa pemerintahan penjajahan ialah Mr. H.R. Harbow.

Serian telah diisytihar sebagai Bahagian ke-12 dalam Negeri Sarawak pada 11 April 2015. Pengisytiharan itu dibuat sendiri oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak semasa merasmikan Pesta Birumuh Serian 2015 di Kompleks Sukan Serian.

Bahagian Serian telah digazet sebagai Bahagian pada 1 Ogos 2015 merangkumi Daerah Serian, Daerah Tebedu dan Daerah Kecil Siburan seluas 2,405 km persegi. Pejabat Daerah Serian dan Pejabat Daerah Tebedu diketuai oleh Pegawai Daerah manakala Pejabat Daerah Kecil Siburan diketuai oleh Pegawai Tadbir Sarawak (SAO).

Dengan populasi penduduk sebanyak 154,790 (berdasarkan profil bahagian 2016):-

Bil

Kaum

Populasi

1.

Bidayuh

84,221 Orang

2.

Melayu/Jawa/Bugis

25,719 orang

3.

Iban

20,988 orang

4.

Cina

17,657 orang

5.

Melanau

600 orang

6.

Orang ulu

200 orang

7.

Lain-lain

920 orang

Jumlah

154,790 orang


Bilangan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Bahagian Serian
(berdasarkan profil bahagian 2016):-

Bil

Etnik

Temenggung

Pemanca

Penghulu

Ketua Kampung/ Kapitan/Tuai Rumah

1.

Bidayuh

1

2

9

194

2.

Melayu/Jawa

-

1

3

17

3.

Iban

-

-

3

71

4.

Cina

1

1

2

16

Jumlah

2

4

17

302


Jumlah Bandar/ Pekan / Rumah Panjang (berdasarkan profil bahagian 2016):-

Bil

Perkara

Jumlah

1.

Bandar

1

2.

Pekan

3

3.

Kampung

231

4.

Rumah Panjang

71


Kemudahan Jalan (berdasarkan profil bahagian 2016):-

Bil

Perkara

Jarak (KM)

1

Federal Roads (affected by Pan Borneo)

33.71

2

Serian- Tebedu Road

41.9

3

State Roads (Maintained by CMS)

366.73

4

MARRIS (maintained by JKR & MDS)

59.92

Sumber: JKR & MDS


Jumlah Kolej / Sekolah (Berdasarkan profil Bahagian 2016):-
Bil

Jenis sekolah

Bilangan sekolah

Jumlah guru

Jumlah murid

1

Sek Rendah Kebangsaan

79

884

7344

2

Sekolah Menengah

6

580

8069

3

Sek Kebangsaan Agama

0

-

-

4

SRB Cina

6

125

1425

5

SRB Mission

17

261

2503

6

Pusat Giat Mara

1

4

40

7

Taska/Tabika KEMAS

30

37

516

Sumber: Jabatan Pendidikan Serian


Kemudahan Kesihatan (Berdasarkan profil Bahagian 2016):-

Bil

Perkara

Jumlah

Perkhidmatan di sediakan

Jumlah Katil

1.

Hospital Serian

1

Rawatan pesakit luar, kecemasan & kemalangan, makmal, forensik, tabung darah, kawalan penyakit, farmasi, pembedahan, dll

 

84

2.

Klinik Ibu & Kanak-kanak

12

Klinik mengandung, kanak-kanak, perancang, imunisasi, rawatan postnatal, pendidikan kesihatan ,dll

 

37

3.

Klinik Pergigian

1

Rawatan gigi

-

4.

Klinik Desa/Luar bandar

12

Rawatan Pesakit luar

36

5.

Klinik Swasta

7

Rawatan pesakit luar

-

Sumber: Jabatan Kesihatan Serian