Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 18 Nov 2018
Versi 8.1.0
 
PROGRAM 1AZAMPROGRAM 1AZAM

Program 1AZAM merupakan inisiatif khusus Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bertujuan membebaskan isi rumah berpendapatan rendah dari belenggu kemiskinan dan mampu memperolehi pendapatan dengan usaha sendiri melalui pekerjaanaktiviti pertaniankeusahawanan   ataupun perkhidmatan

Peserta yang layak untuk disenaraikan bagi menyertai Program 1AZAM hendaklah telah berdaftar di dalam Sistem Pangkalan Data E-kasih dan disahkan 'miskin' atau 'miskin tegar' sahaja. Sesi pemadanan kerjaya bagi peserta adalah dikendali oleh Urusetia Focus Group Pembasmian Kemiskinan Pejabat Daerah Serian yang hanya akan dilakukan setelah mendapat kuota peserta daripada Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga (KKWPK). 

P

MATLAMAT

  • Menyediakan peluang kepada golongan miskin tegar dan miskin untuk menjana pendapatan
  • Memperkasa kumpulan sasar supaya boleh berdikari
  • Mengurangkan kebergantungan kepada bantuan sosial kerajaan

 

4 (empat) peluang menambah pendapatan dikenalpasti:

  • Perniagaan kecil-kecilan
  • Penyediaan perkhidmatan
  • Penempatan pekerjaan
  • Pertanian

 

AZAM KERJA

Latihan kemahiran disediakan.

Contoh pekerjaan adalah seperti:

  • Jurujual produk
  • Pekerja restoran makanan segera
  • Pelayan restoran
  • Pekerja hotel
  • Program Menjana Pendapatan seperti tukang jahit, perniagaan sejuk beku dan Mat Salai

 

AZAM TANI

Peluang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian. Antara projek yang dikenalpasti ialah:

  • Pertanian berkelompok
  • Tanaman yang mempunyai pulangan yang cepat
  • Ternakan
  • Projek hiliran hasil pertanian

 

AZAM NIAGA

Peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan kredit mikro. Contoh perniagaan adalah:

  • Makanan dan minuman
  • Gerai makan

 

AZAM KHIDMAT

Peluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan seperti:

  • Spa secara mobile
  • Urutan dan refleksologi
  • Jahitan
  • Gunting rambut