Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 18 Nov 2018
Versi 8.1.0
 
LESEN SABONG AYAMLESEN SABONG AYAM

Lesen Sabong Ayam diisukan di bawah peruntukan Peraturan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang (Sabong Ayam)(Pindaan) 1996 dan Ordinan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962.

Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen untuk mengadakan aktiviti sabong ayam sempena dengan perayaan:

  • Gawai Burong
  • Gawau Antu
  • Gawai Batu
  • Saboung Lumbong
  • Perayaan lain yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak

Permohonan lesen akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemberian Lesen Sabong Ayam Bahagian Serian yang dipengerusikan oleh Residen.

Bagaimana anda memohon?

  1. Dapatkan borang secara percuma di Pejabat Daerah
  2. Isi borang dalam (2) dua salinan dan kemukakannya bersama dokumen berikut:

  • Peta lokasi tempat sabong ayam
  • Sijil kematian (bagi Gawai Antu - Sambong Lumbong)
  • Kebenaran daripada Ketua Masyarakat


Bayaran

  • Yuran lesen sebanyak RM50.00 akan dikenakan.

 Peringatan

  • Lesen sabong ayam mesti dipulangkan kepada Pejabat Residen Bahagian Serian dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh sabong ayam diadakan.


Pegawai Yang Bertanggungjawab:

  • En. Richard anak Usah, Setiausaha Pejabat
  • En. Boniface Voon, Pembantu Tadbir (P/O)