Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 18 Nov 2018
Versi 8.1.0
 
PerutusanPerutusan

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia (Indi Awang, Indi Asung)

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang Ke Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Serian. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada semua kakitangan yang telah bertungkus lumus dalam membekalkan maklumat untuk pembangunan laman web ini.

Pentadbiran Bahagian Serian yang terdiri daripada Pejabat Residen Serian, Pejabat Daerah Serian, Pejabat Daerah Tebedu dan Pejabat Daerah Kecil Siburan merupakan agensi Kerajaan Negeri Sarawak yang bertanggungjawab sebagai peneraju utama atau “front-liner”  di antara Kerajaan dengan masyarakat di Bahagian Serian. Selain itu, ia juga  bertindak sebagai penggerak utama dalam  pembangunan fizikal, sosio-ekonomi dan modal insan di dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau secara berterusan projek – projek  pembangunan dan program-program sosial kerajaan di peringkat Bahagian ke arah meningkatkan taraf hidup  rakyat yang sejahtera dan berkualiti di masa hadapan.

Objektif utama pembangunan Portal Rasmi  ini adalah sebagai satu wadah komunikasi dan medium pengantaraan  yang membantu menyalur, mempercepat dan mempermudahkan hubungan serta capaian maklumat mengenai informasi- informasi  terkini, peranan, tanggungjawab dan perkhidmatan yang disediakan serta aktiviti – aktiviti yang dijalankan / dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Diharapkan laman portal ini juga dapat dijadikan sebagai satu platform untuk mendekatkan agensi kerajaan dengan rakyat  tempatan serta mewujudkan komunikasi dua hala melalui perkongsian maklumbalas, cadangan, kritikan dan pandangan. Justeru itu,  komunikasi yang berkesan dan perkongsian maklumat antara Pejabat ini dengan rakyat dapat dijadikan sebagai pemangkin proses transformasi Pentadbiran Bahagian Serian dan menjadikannya sebuah agensi kerajaan yang unggul dan kompetitif selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai  World Class Civil Service” dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Sekian.


"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"

"AN HONOUR TO SERVE"