Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 18 Nov 2018
Versi 8.1.0
 
Kes Mahkamah BumiputeraKes Mahkamah Bumiputera

MAKLUMAT UMUM

Mahkamah Bumiputera hanya mendengar kes-kes atau pertikaian yang melibatkan kaum bumiputera di Sarawak sahaja. Ia bahagikan kepada beberapa kelas iaitu:-

  • Mahkamah Ketua Kaum
  • Mahkamah Ketua Masyarakat.
  • Mahkamah Ketua Atasan
  • Mahkamah Daerah Bumiputera
  • Mahkamah Bumiptra Residen
  • Mahkamah Tinggi Bumiputera Rayuan


Bidangkuasa Mahkamah Bumiputra (Seksyen 5)

  • 5 (1) (a)? Kes berkaitan dengan perlanggaran adat (selain daripada yang melibatkan Ordinan Keluarga Islam, 2001 [Cap. 43]), jika semua pihak yang terlibat adalah daripada kaum bumiputera;

  • 5 (1) (b) Kes berkaitan dengan perlanggaran adat (selain daripada yang melibatkan Ordinan Keluarga Islam, 2001 [Cap. 43]) dari aspek hal keagamaan, perkahwinan dan perkara mengenai hubungan seksual jika salah seorang daripada pihak yang terlibat adalah daripada kaum bumiputra;

  •  5 (1) (c) Kes-kes sivil yang (bukan dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah) melibatkan tuntutan tidak melebihi ringgit dua ribu (RM2,000.00) antara/dikalangan pihak yang dibawah sistem adat /undang-undang yang sama (sama kaum).


  •  5 (1) (d) Kes-kes jenayah kecil yang dinyatakan dalam Adat Iban mahupun apajua undang-undang tradisi (customary) kaum bumiputra lain yang harus dipatuhi oleh Mahkamah, dan yang boleh dikenakan denda tidak melebihi yang ditetapkan pada Seksyen 11 Ordinan ini.

  • 5 (1) (e) Apa jua perkara yang dululuskan dibawah mana-mana undang-undang bertulis:

 

      (i)           Bahawa sekiranya Residen berpendapat bahawa sesuatu kes yang sedang atau akan dibicarakan di bawah perenggan (b) atau (e) atau di bawah seksyen (2) berkemungkinan akan menjejas hubungan baik antara kaum, ataupun menimbulkan masalah ketenteraman awam, ataupun atas apajua sebab yang lain menunjukkan kes tersebut lebih wajar dibiarkan supaya pihak terlibat dibenarkan mencari penyelesaian di mana-mana mahkamah selain daripada Mahkamah Bumiputera, beliau boleh mengeluarkan arahan supaya pembicaraan kes tersebut dihentikan. Dalam kes yang sedemikian, Residen akan mengemukakan laporan kepada Peguam Besar Negeri yang boleh mengesah ataupun mengetepikan arahan tersebut.

    (ii)    Bahawa keputusan ataupun arahan yang telah diambil/dikeluarkan oleh Chief?s Superior Court melibatkan kes berkaitan dengan perlanggaran adat selain daripada kes pertikaian hakmilik tanah NCR, adalah muktamad dan tiada rayuan terhadanya dibenarkan.

  • 5 (2) Dalam kes berkaitan dengan hal perkahwinan ataupun hubungan seksual, yang melibatkan pihak daripada jantina dan kaum yang berlainan, Mahkamah yang mengendalikan kes akan mengunakan undang-undang adat pihak kaum perempuan;

Namun sekiranya pihak perempuan yang terlibat telah memeluk Islam, kes berkenaan dikendalikan mengikut Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam;

 

  • 5(3) (a) Kes pertikaian dikalangan bumiputera melibatkan perkara seperti berikut hendaklah didengar di Mahkamah Bumiputera Daerah sebagai mahkamah permulaan: 

  1. tanah bertaraf NCR ataupun yang dalam kawasan Native Communal Reserve seperti yang diisytiharkan dibawah seksyen 6 Kanun Tanah [Cap. 81 (1958 Ed.)]
  2. tuntutan pampasan tanah yang dibayar atas kawasan tanah NCR yang diambilalih oleh Kerajaan.
  3. tuntutan hak warisan dibawah undang-undang adat diatas tanah NCR ataupun tanah dalam kawasan Native Communal Reserve

 

    (b) Sesiapa yang tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Bumiputera              Daerah dibenarkan merayu kepada Mahkamah Residen selaras dengan               seksyen 29.

 (c)    Kes-kes pertikaian tanah NCR yang bukan dalam katagori seperti di atas hendaklah bermula didengar di Mahkamah Ketua Masyarakat.


UNDANG-UNDANG

Ordinan Mahkamah Bumipuera 1992

Undang-undang Mahkamah Adat Iban

Undang-undang mahkamah Adat Bidayuh

Undang-undang Mahkamah Adat Kayan

 

BORANG RASMI

Kes Sivil

Borang A

Borang B

 

Kes Pelanggaran Adat

Borang H

Borang I

 

Borang Q untuk Rayuan

 

BAYARAN YURAN

Kelas Mahkamah

Kadar (RM)

Kelas Rayuan

Kadar (RM)

Mahkamah Bumiputera Daerah

Mahkamah Atasan Ketua Masyarakat

Mahkamah Ketua Masyarakat

Mahkamah Ketua Kaum

30.00

20.00

16.00

10.00

Mahkamah Ketua Masyarakat

Mahkamah Atasan Ketua Masyarakat

Mahkamah Bumiputera Daerah

Mahkamah Bumiputera Residen

Mahkamah Rayuan Bumiputera

20.00

24.00

36.00

40.00

50.00