Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 18 Nov 2018
Versi 8.1.0
 
Pendaftaran ProbetPendaftaran Probet

MAKLUMAT UMUM

Probet adalah satu proses pentadbiran harta pusaka seseorang yang meninggal dunia untuk ditadbir dan dipindah kepada waris atau pihak lain. Di Sarawak, pentadbiran estet ditadbir berdasarkan kepada Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka (Administration of Estates Ordinance) Bab 80 dan duti harta pusaka berdasarkan kepada Ordinan Duti Harta Pusaka (Estate Duty Ordinance) Bab 29. Surat Kuasa Pentadbir (Letter of Administration) diberi kepada seseorang untuk mentadbir harta pusaka si mati apabila si mati meninggal dunia tanpa wasiat. Surat Probet diberi kepada pentadbir bagi seseorang yang meninggal dunia berwasiat. Pegawai Daerah Serian adalah Pegawai Probet.

 

UNDANG-UNDANG BERKAITAN

Ordinan Pentadbiran Estet (Administration of Estate Ordinace), Bab 80

Ordinan Duti Harta Pusaka (Estate Duty Ordinance), Bab 29

 

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON

Waris yang dewasa dan waras adalah berhak untuk memohon dan diberi Surat Kuasa Pentadbir mengikut keutaman di bawah Seksyen 8, Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka seperti berikut:-

1.       Duda Si mati

2.       Anak Lelaki Si mati

3.       Bapa Si mati

4.       Adik-beradik Lelaki Si mati

5.       Balu Si mati

6.       Saudara-mara Lelaki Si mati yang terdekat

7.       Saudara-mara perempuan Si mati yang terdekat

8.       Pemiutang Si Mati.

Pemohon Surat Probet hendaklah waris yang sah di dalam wasiat.

 

DOKUMEN SOKONGAN APABILA MEMOHON

1.       Sijil Asal Kematian serta salinan

2.       Surat Akuan Sumpah jika tiada Sijil Kematian

3.       Semua dokumen asal harta peninggalan Si Mati dan salinan

4.       Surat Wasiat asal beserta dengan Surat Sumpah saksi

5.       Salinan kad Pengenalan waris

6.       Surat Persetujuan waris jika tidak dapat hadir.


Ketua kaum atau Ketua Masyarakat mesti hadir apabila memohon.