Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 18 Nov 2018
Versi 8.1.0
 
LESEN PUNGUTAN AWAMLESEN PUNGUTAN AWAM

DEFINISI

Lesen Pungutan Awam dikeluarkan di bawah peruntukan Ordinan Pungutan Awam 1996 yang membenarkan pemegang lesen untuk mengumpul derma daripada orang awam.

Permohonan Lesen Pungutan Awam yang merangkumi dalam Bahagian Serian proses kelulusan akan dipertimbangkan oleh Residen Bahagian Serian sahaja.

Jika pemohon ingin membuat pungutan awam bagi Peringkat Negeri (pungutan dibuat bagi lebih dari satu Bahagian Pentadbiran), borang permohonan yang lengkap mestilah dimajukan kepada:

Setiausaha Kerajaan Sarawak,

Unit Pentadbiran, Jabatan Ketua Menteri,

Tingkat 20, Wisma Bapa Malaysia,

Petra Jaya, 93502 Kuching, Sarawak.


BAGAIMANA HENDAK MEMOHON

1. Pemohon boleh mendapatkan Borang A secara percuma di Pejabat Residen Bahagian Serian. Isi Borang A dan kemukakannya ke Pejabat Residen Bahagian Serian untuk semakan tujuan permohonan dan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Tiga (3) keping gambar bersaiz pasport bagi pemohon
  • Tiga (3) keping gambar bersaiz pasport setiap pemungut.
  • Satu (1) salinan fotostat MyKad bagi setiap orang pemohon dan pemungut.
  • Satu (1) salinan penyata akaun bank.
  • Satu (1) salinan minit mesyuarat terkini.

2. Pemohon mengemukakan permohonan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serian untuk pertimbangan & sokongan dari Ketua Polis Daerah.

3. Pemohon mengemukakan permohonan ke Pejabat Daerah Serian atau Tebedu (rujuk kawasan Pentabiran Daerah pemohon) untuk tujuan pertimbangan &  sokongan dari Pegawai Daerah.

4. Pemohon mengemukakan permohonan ke Pejabat Residen Bahagian Serian untuk pertimbangan & kelulusan dari Residen.

5. Yuran Lesen Pungutan Awam sebanyak RM25.00 akan dikenakan jika permohonan diluluskan. Bayaran boleh dibuat di Pejabat Daerah Serian


Sila Ambil Perhatian:

Pastikan pemohon untuk hadir bersama setiap pemungut selepas permohonan diluluskan oleh Residen.

  • Pastikan pemohon mengemukakan Penyata Bank setelah proses kutipan derma / dari tarikh luput lesen, sekiranya gagal berbuat demikian, pemohon boleh dikenakan DENDA SEBANYAK RM2000 (RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU).


Jangka Masa Berurusan di Pejabat Residen Bahagian Serian.

  • lebih kurang dalam 30 minit berurusan dengan pegawai kami.
  • Jangka masa sebenar dengan semua proses yang berkaitan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Serian, Pejabat Daerah Serian atau Tebedu dan Pejabat Residen Bahagian Serian mengambil masa selama 21 HARI BERKERJA untuk setiap proses pertimbangan.


Borang- borang seperti berikut akan dikeluarkan  oleh pejabat Residen Serian kepada pemohon sekiranya permohonan tersebut telah DILULUSKAN.

1. FORM B
The Public Collections Ordinance , 1996 (Chapter 21)
Licence to promote and solicit a collection (Section 4 (3))
2. FORM C
The Public Collections Ordinance , 1996 (Chapter 21)
 Collectors's certificate of authority (Section 6 (2))
3. FORM D
The Public Collections Ordinance , 1996 (Chapter 21)
 Collectors's Identification Card (Section 6(2))


Pegawai Yang Bertanggungjawab:

  • Cik. Fifi Khairunnisa Bte Hamzah
  • Pn. Denny Tinggang